"For the rest of my life, I`ll be with you, I`ll stay by your side honest and true, Till the end of my time, I`ll be loving you. loving you, For the rest of my life, Thru days and night, I`ll thank Allah for open my eyes, Now and forever I I`ll be there for you"

Friday, January 2, 2009

hurmm...1st post in 2009

0 comments
hurmm..xsangka 1st day of 2009 da dpt berite yg menyedihkn...berita kematian ex-roomate aku mse aku dok hostel dulu..dia meninggal sbb xcident kerete..hurm..xsangke dia pergi dulu...ntah la xtau pe lg aku nk kate, aku tau pon sbb member aku bg tau n dia ckp xcident tue de kua kat paper..so aku bce la n mmg btol tue ex-roomate aku..hurmm..takziah tuk family dia, n Al-Fatihah tuk arwah, semoga di cucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan org-org yg soleh..

nie berita xcident tue, yg aku amik dri harian Metro...

Tak sempat belanja keluarga makan

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang anak untuk meraikan gaji pertama dengan membawa ahli keluarga makan tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, jam 3 pagi semalam.

Salina Ab Wahab, 20, menyuarakan hasratnya itu ketika berbual dengan abangnya, Shahrul Fazli Ab Wahab, 30, melalui telefon beberapa bulan lalu.

Difahamkan mangsa yang baru menamatkan pengajian dari sebuah kolej di ibu negara menyewa di kawasan Kajang bersama dua lagi rakan yang terbabit dalam nahas itu sejak beberapa bulan lalu selepas mendapat kerja di sebuah syarikat telekomunikasi.

Menurut Shahrul, adiknya yang cedera parah apabila tercampak keluar melalui tingkap disahkan meninggal dunia jam 6 pagi semalam selepas bertarung nyawa selama tiga jam di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).




"Kami sekeluarga amat gembira berikutan Salina, yang baru menamatkan pengajian kini bekerja dan teringin merasa duit gaji pertamanya untuk belanja kami sekeluarga makan.

“Bagaimanapun, perancangan itu tidak menjadi sebaliknya dikejutkan dengan berita pemergiannya yang amat mengharukan kami sekeluarga,” katanya.

Ketika perbualan antara dua beradik itu, Shahrul mendakwa, nada suara adik kedua bongsu dari tujuh beradik itu amat ceria.

Sementara itu, perasaan sedih turut menyelubungi bakal tunang mangsa, Mohd Zulfazli Abdullah, 28, apabila hasratnya untuk mengikat tali pertunangan dengan mangsa tidak kesampaian.

“Kami merancang mengadakan majlis itu tahun hadapan, bagaimanapun, semuanya musnah dengan pemergiannya.

“Bukan itu saja, malah hasrat ibu saya untuk melihat bakal menantunya itu juga tidak kesampaian dan kami merancang untuk pulang ke Kedah hujung bulan ini bagi membincangkan urusan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, bapa seorang lagi mangsa yang memandu kereta berkenaan, Noraina Rashid, 23, dan isterinya hanya mampu menitiskan air mata ketika diminta mengulas tragedi menimpa anaknya itu.

Jenazah Salina dibawa pulang ke kampungnya di Klang, manakala jenazah Noraina dibawa pulang ke rumahnya di Cheras bagi urusan pengebumian.

Seorang lagi rakan mangsa Norida Meor Othman, 23, yang terselamat dalam kemalangan itu dibenarkan keluar dari hospital selepas mendapatkan rawatan akibat kecederaan di belakang bahu.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata kejadian itu berlaku apabila kereta Satria Neo dipandu Noraina yang menghala ke Jalan Sungai Besi hilang kawalan di selekoh berhampiran terowong Jalan Tun Razak.

“Kereta mangsa terbabas dan melanggar pembahagi jalan menyebabkan kereta itu berpusing dan melanggar tembok konkrit di tepi jalan tersebut.

“Berikutan hentakan kuat pada kereta menyebabkan Noraina tercampak keluar dari kereta melalui tingkap sebelah kiri pemandu dan meninggal di tempat kejadian manakala Salina meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 7.30 pagi,” katanya.

Norida pula dibenarkan pulang ke rumah tengah hari semalam.

Kemalangan ngeri itu turut disaksikan tunang Noraina yang memandu kereta berasingan mengekori belakang kereta mangsa.

“Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


hurmm...so aku xtau nk type ape..juz nie je yg aku nk post kn..no story..huhu..so cm biase till off my wrote now n c yaa in next post..haha..